top of page

Berkenaan kami

StarOcean Cleaning Services

Base in Johor Bahru since 2013

 

StarOcean Cleaning Services sebuah Syarikat memberi khidmat pembersihan kediaman, kommersial, kontrak, landscape dan perbagai lagi. StarOcean Cleaning Services adalah 100% Syarikat Bumiputra dan telah di tubuhkan pada 26 November 2013 di Johor Bahru, Johor. Dan telah di daftarkan pada Jun 2016 di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) No. Pendaftaran JM0769077-D atas dorongan serta sokongan pelanggan-pelanggan dan ingin mengembangkan lagi Syarikat ini.

StarOcean Cleaning Services sentiasa memandang serius apabila mengambil pekerja dan pekerja tersebut adalah 100% orang tempatan Malaysia dengan menyediakan KWSP, Socso dan Insurance berkelompok (PA) setiap individu.

 

StarOcean Cleaning Services memberi khidmat di sekitar kawasan Johor dan Singapore serta mempunyai pekerja yang mahir, jujur dan cekap dan sentiasa memberi latihan-latihan bagi memastikan kualiti terjaga serta system bekerja sentiasa dipatuhi.

 

StarOcean Cleaning Services sentiasa menitik berat mutu kualiti kerja dengan menggunakan bahan serta kelengkapan seperti chemical mesra alam (Berkonsep GREEN) serta 100% selamat.

Dalam dunia yang semakin mencabar, Masyarakat di alaf ini sentiasa peka dalam kehidupan yang memerlukan persekitaran yang bersih dan sihat, kami sebahagian dari Masyarakat yang tampil melaksanakan tugas-tugas yang membantu meringankan dan memudahkan kerja-kerja pembersihan khususnya kepada mereka yang mementingkan kebersihan sejajar dengan peredaran dunia.

Perkara utama dalam melaksanakan misi ini, masyarakat perlu mementingkan persekitaran yang bersih oleh itu kami sentiasa memastikan tugasan yang diberikan dilaksanakan dengan ikhlas, jujur dan bersungguh-sungguh dengan kualiti kerja yang memuaskan diutamakan dalam melaksanakan tugasan ini bagi mencapai kehendak “mementingkan persekitaran bersih serta menghijau”.

GET A FREE ESTIMATE

Latar Belakang Pemilik

Pemilik Syarikat StarOcean Cleaning Services adalah seorang anak jati Negeri Johor dan berpengelaman serta berpengetahuan dalam bidang pembersihan kediaman, kommersial dan landscape.

Pemilik Syarikat StarOcean Cleaning Services lahir pada tahun 1981 serta mempunyai ijazah perniagaan dan perakaunan, Beliau telah berkecimpung dalam bidang pembersihan pada tahun 2005 di sebuah Syarikat pembersihan Di Singapura bermula sebagai pekerja biasa selama 2 tahun dan telah diberi kepercayaan oleh syarikat tersebut dan dinaik kan pangkat sebagai Pengurus untuk mengendalikan beberapa buah pusat shoping complex, hotel dan landscape dengan kakitangan seramai lebih kurang 40 orang bermula pada tahun 2007 sehingga December 2012. Pada tahun 2013 Beliau telah membuka syarikat sendiri iaitu StarOcean Cleaning Services sehingga kini dan di telah ikhtirafkan sebagaikan syarikat bumiputra dan SSM.

Beliau juga telah menjalani beberapa kursus di Singapura untuk mengendalikan bahan-bahan dan juga chemical dengan betul dan cekap, oleh itu beliau sentiasa memberi latihan kepada pekerja-pekerja StarOcean Cleaning Services cara untuk menggunakan bahan-bahan serta chemical dengan cekap, cermat dan betul.

Beliau sentiasa menitik beratkan dan menanyakan maklumbalas pelanggan dengan kualiti kerja dan kualiti pembersihan yang dijalankan oleh pekerja beliau semasa menjalankan amanah dan tanggungjawab bagi memastikan mutu kualiti terjaga sepanjang masa.

Beliau juga kerap ke lokasi pekerja dimana pekerja StarOcean Cleaning Services ditempatkan untuk memastikan tahap kualiti Syarikat StarOcean Cleaning Services terjaga serta mengikut prospek prospek yang telah ditetapkan oleh beliau.

Beliau sentiasa mencari pembaharuan menyelesaikan sesuatu masalah kebersihan yang dilakukan pekerja mahupun sentiasa mencari kaedah kaedah penggunaan serta tata cara penggunaan chemical, bahan bahan dan kelengkapan.

Success! Message received.

CALL / WhatsApp : 6 012 424 1882

6 012 421 1882

  • Facebook Social Icon
bottom of page